Isteri kru penerbangan MH370 meninggal dunia

Pemergian Gonzales dikongsikan laman sosial Facebook MH370 Families
Pemergian Gonzales dikongsikan laman sosial Facebook MH370 Families
A
A
A

SHAH ALAM - Isteri kepada salah seorang pramugara pesawat MH370, Jacquita Gonzales, 62, dilapor meninggal dunia pada Isnin.

Pemergian isteri kepada Patrick Francis itu dikongsikan laman sosial Facebook MH370 Families.

"Dengan rasa sedih yang mendalam, kami berkongsi berita ini. Jacquita ialah ahli Voice370 yang bertenaga dan dinamik sentiasa berada di barisan hadapan dan tulang belakang dalam usaha kami mewakili ahli keluarga kru.

“Dia akan dirindui oleh semua yang mengenalinya. Marilah kita terus mendoakan beliau dan keluarganya dalam masa sukar ini," menurut hantaran itu.

Jelas hantaran itu, Gonzales telah menyentuh kehidupan ramai dengan kasih sayang, kehangatan, kebaikan dan kerendahan hati.

Dalam satu temu bual dengan satu portal kira-kira dua tahun lalu, Gonzales memaklumkan belum dapat melepaskan suaminya dengan sempurna seperti mana individu lain memandangkan jasadnya belum ditemui.

Justeru, beliau memohon orang ramai untuk terus mendesak untuk mendapatkan jawapan bagi misteri kehilangan pesawat itu.

Menurutnya, usaha mencari jawapan perlu diteruskan demi memastikan penumpang dan kru MH370 tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

Artikel Berkaitan:

Pada 8 Mac 2014, penerbangan itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, namun pesawat itu kemudiannya tidak dapat dikesan hingga kini.

Usaha pencarian pertama Ocean Infinity yang bermula pada Januari 2018 di kawasan seluas 25,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi juga berakhir pada Jun 2018 tanpa hasil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!