Syed Saddiq gesa henti politik ugutan

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) merasmikan ‘Wheel Walk Fun Run’ sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia Peringkat Kebangsaan hari ini. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua, kiri), Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah (tiga, kiri) dan Presiden MPM SM Nasarudin SM Nasimuddin (kiri). - Foto Bernama
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) merasmikan ‘Wheel Walk Fun Run’ sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia Peringkat Kebangsaan hari ini. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua, kiri), Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah (tiga, kiri) dan Presiden MPM SM Nasarudin SM Nasimuddin (kiri). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Budaya politik berlandaskan ugutan dan paksaan perlu dihentikan seiring dengan prinsip Malaysia baharu, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya melahirkan kebimbangan bahawa politik paksaan dan ancaman harus berakhir. Ini adalah Malaysia baharu...Saya fikir ia (politik paksaan dan ancaman) telah berakhir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Wheel Walk Fun Run sempena sambutan Hari OKU (Orang Kurang Upaya) peringkat Kebangsaan 2018 serta program Tambah Emas yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini.

Syed Saddiq diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Negara Senator Bob Manolan Mohamad yang didakwa mengugut para Tok Batin bahawa mereka tidak akan dibayar gaji sekiranya enggan menyokong kerajaan persekutuan.

Beliau juga sependapat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa pembayaran gaji kepada Tok Batin akan tetap diteruskan walaupun mereka (Tok Batin) tidak menyokong kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Syed Saddiq turut berkata Kementerian Dalam Negeri akan menjawab pertanyaan Kementerian Sukan Sarawak berhubung keputusan kerajaan melarang kemasukan atlet Israel pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak.

“Perkara ini telah dibincangkan pada jemaah menteri dan pendirian kabinet jelas seperti disuarakan PM (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk tidak terima penyertaan Israel.

"Surat rasmi untuk menjawab pertanyaan Kementerian Sukan di Sarawak akan dijawab oleh KDN dan seterusnya kita (pihak KBS) akan maklumkan kepada pihak Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC),” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Khamis lepas, Dr Mahathir berkata kerajaan tetap dengan keputusan tidak membenarkan penyertaan atlet Israel bertanding pada kejohanan itu yang akan diadakan pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan.- Bernama