30,000 penyokong raikan JDT julang trofi Liga Super ke-11

Kesebelasan JDT meraikan kejayaan mengekalkan trofi Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.
Kesebelasan JDT meraikan kejayaan mengekalkan trofi Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.
A
A
A

LEBIH 30,000 penyokong membanjiri Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sempena sambutan 'Chapter 2: The 11' yang diadakan bagi meraikan kejayaan skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), muncul juara Liga Super buat kali ke-11, berturut-turut.

Pelbagai acara menarik disediakan seperti sempena majlis sambutan yang turut menampilkan persembahan artis tempatan seperti Sonaone, Dato’ Awie, DeFam, Plaque Of Happines, DJ Ziqq, DJ Nani, Sya & Zeppo selain persembahan artis antarabangsa seperti Busta Rhymes, Fabolous, Big Ben, Onefour dan Jabbawockeez.

Sambutan bermula dengan acara 'FanFest' di lapangan parkir kereta pada jam 2 petang sebelum sambutan di dalam stadium bermula sekitar jam 8 malam.

Majlis diserikan lagi dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Majlis penyampaian trofi Liga Super disempurnakan oleh Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan kepada Ketua jurulatih, Hector Bidoglio serta dua pemain JDT, Farizal Maria's dan Natxo Insa.

Sebaik skuad JDT menjulang trofi Liga Super yang dimenangi buat kali ke-11, berturut-turut, Stadium Sultan Ibrahim bergema dengan pertunjukan bunga api dan dron yang sememangnya dinanti-nantikan oleh penonton yang sekali gus mengakhiri acara sambutan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!