Lima hari hilang, kanak-kanak autisme, Muhammad Aniq ditemui maut

Pencarian kanak-kanak autisme yang hilang sejak Ahad lalu berakhir apabila mayatnya ditemui tersangkut pada pokok buluh di tebing Sungai Tamparuli, di sini pada Khamis.
Pencarian kanak-kanak autisme yang hilang sejak Ahad lalu berakhir apabila mayatnya ditemui tersangkut pada pokok buluh di tebing Sungai Tamparuli, di sini pada Khamis.
A
A
A

TUARAN - Pencarian kanak-kanak autisme yang hilang sejak Ahad lalu berakhir apabila mayatnya ditemui tersangkut pada pokok buluh di tebing Sungai Tamparuli, di sini pada Khamis.

Mayat Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5, ditemui pada jam 12.20 tengah hari oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melakukan operasi tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohamad Nor Amit berkata, operasi SAR yang memasuki hari kelima dimulakan pada jam 8.35 pagi.

"Sar bersama agensi penyelamat lain dimulakan dalam radius jarak pencarian diperluaskan dengan merangkumi darat dan sungai yang dilakukan secara arung jeram di sekitar kawasan tersebut.

No Image Caption

"Selepas kira-kira empat jam kemudian, akhirnya jasad kanak-kanak tersebut ditemui tersangkut pada buluh di tepi sungai iaitu sejauh tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya lagi, pasukan bomba kemudian melakukan operasi mengangkat mayat tersebut ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 tengah hari," katanya.

Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan kehilangan kanak-kanak tersebut selepas ahli keluarganya menyedari dia tiada di rumah dan hanya anak patung miliknya ditemui di luar kediaman mereka di Kampung Bahagia II, Tamparuli.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!