Covid-19: KKM sahkan 14 kes baharu, keseluruhan 50 kes

Noor Hisham pada sidang media di KKM hari ini.
Noor Hisham pada sidang media di KKM hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 14 kes baharu koronavirus (Covid-19) di negara ini setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan adalah 50 kes.

"Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, gelombang pertama jangkitan Covid-19 di Malaysia yang merangkumi 22 kes positif Covid-19 (iaitu kes pertama sehingga kes ke-22) telah sihat dan discaj.

"Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 50 kes," katanya pada sidang akhbar di KKM hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: