WCIT 2020 ditangguhkan kerana Covid-19

 Dr Nordin
Dr Nordin
A
A
A

IPOH - Penganjuran Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2020 yang sepatutnya berlangsung minggu depan terpaksa ditangguhkan kerana wabak koronavirus (Covid-19).

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Dr Nordin Kardi berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan peserta dan panel yang terdiri dari dalam dan luar negara.

“Atas nasihat pihak berkuasa, kami membuat keputusan menangguhkan WCIT kali ini yang sepatutnya berlangsung pada 9 hingga 11 Mac ini. Sekiranya diteruskan ia menjadi tanggungjawab kami.

“Kita tidak mahu mengambil sebarang risiko jangkitan itu merebak,” katanya pada sidang akhbar di RTM Perak di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya merancang persidangan itu akan diteruskan seawal September nanti tetapi bergantung kepada keadaan sehingga jangkitan virus itu reda.

“Berikutan penangguhan ini, kami terpaksa memaklumkan perkara ini kepada panel pembentang dan tokoh akademik antarabangsa dalam dan negara semalam,” katanya.

Nordin berkata, USAS memberi jaminan akan mengembalikan semula wang kepada peserta dan kontraktor yang terlibat termasuk tempahan.

Penganjuran WCIT 2020 kali ke enam bertemakan ‘Perkongsian Tentang Kemanusiaan’ adalah untuk mencari penyelesaian yang pragmatik dan praktikal terhadap masalah sosio-ekonomi, sosiopolitik, sosio-agama dan sosio budaya yang sedia ada.

Artikel Berkaitan: