[VIDEO] Tukang cuci didakwa cabul rakan wanita

A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang tukang cuci didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan mencabul kehormatan rakan wanitanya di bilik rehat sebuah kilang, di sini minggu lalu.

Tertuduh, Azizul Hamis @ Jainy, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aiza Kamaruddin.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa yang berusia 21 tahun dengan cara menarik baju dalam dan menghisap payudara sebelah kiri mangsa di bilik rehat sebuah kilang di Simpang Ampat, kira-kira jam 3.30 petang pada Jumaat lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda dan sebat, atau mana-mana dua seksaan tersebut, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh (dua, kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas tuduhan mencabul rakannya.
Tertuduh (dua, kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas tuduhan mencabul rakannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ali Hussain, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fadzlullah Ramlee.

Dalam prosiding tersebut, Muhammad Ali tidak menawarkan sebarang jaminan. Namun, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jaminan RM15,000 bagi pertuduhan itu serta syarat tambahan untuk tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan. Selain itu, beliau mencadangkan tertuduh melapor diri pada minggu pertama setiap bulan di balai polis berhampiran.

Mohd Fadzlullah dalam rayuannya memohon jaminan rendah kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan RM1,500 sebulan. Beliau juga memaklumkan tertuduh perlu menanggung dua orang anak yang masih kecil, termasuk seorang bayi berusia lima bulan, manakala isterinya turut bekerja sebagai tukang cuci.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dengan syarat tambahan seperti dicadangkan oleh pihak pendakwaan. Kes ini akan disebut semula pada 10 Jun depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!