Dua kenderaan rosak dihempap runtuhan tembok sekolah

Dua kenderaan rosak akibat dihempap runtuhan tembok di sebuah sekolah antarabangsa di Taman Tun Dr Ismail pada Rabu.
Dua kenderaan rosak akibat dihempap runtuhan tembok di sebuah sekolah antarabangsa di Taman Tun Dr Ismail pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua buah kenderaan rosak selepas dihempap runtuhan tembok di sebuah sekolah antarabangsa di Taman Tun Dr Ismail di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.18 pagi itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 sebelum menggerakkan 15 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr Ismail dan BBP Sri Hartamas ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azkhan Hamdan berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati berlaku runtuhan tembok dinding sekolah.

Anggota bomba bersama pihak DBKL mengangkat tembok runtuh yang menghempap sebuah kenderaan.
Anggota bomba bersama pihak DBKL mengangkat tembok runtuh yang menghempap sebuah kenderaan.

"Kita segera melakukan penilaian awal bagi memastikan keadaan di lokasi selamat.

“Kejadian tersebut melibatkan dua buah kenderaan serta sebahagian bangunan sekolah termasuk bilik darjah, bilik guru, tandas dan perpustakaan,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Azkhan berkata, tindakan lanjut kemudiannya diserahkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tindakan selanjutnya.

"Operasi terkawal pada jam 7.55 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!