Warga emas maut, motosikal terlanggar cermin sisi kereta

Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai terlanggar cermin sisi sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Jalan Sungai Embak-Bukit Arang, Kuala Krai pada Selasa. Foto PDRM

A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai terlanggar cermin sisi sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Jalan Sungai Embak-Bukit Arang di sini, pada Selasa.

Mangsa berusia 76 tahun menunggang motosikal jenis Honda AFS 110 secara bersendirian, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dari arah Bukit Arang menghala ke Sungai Embak, dipercayai telah melanggar cermin sisi kanan sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang datang dari arah bertentangan.

Akibat pelanggaran itu, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala. Foto PDRM
Akibat pelanggaran itu, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala. Foto PDRM

“Akibat pelanggaran itu, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Mazlan memberitahu, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian 09-9666222 atau hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!