Warga emas maut dalam perjalanan tunai solat Subuh di masjid


motosikal mangsa yang keluar dari simpang. "Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri untuk melintas jalan menyebabkan kereta terbabit tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal berkenaan. “Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya pada Rabu. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta yang mengalami luka di lengan kanan turut menerima rawatan di hospital sama. Jelas beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Sidiq Che Omar di talian 011-3170 2709. “Pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!