Sukarelawan PINKTRASH

Sukarelawan PINKTRASH, Muhammad Taufik Ismail berjalan kaki sambil mengutip puntung rokok yang dijumpainya di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini.
Memegang konsep "tiada sampah selepas kita", santai menikmati keindahan alam sekitar dan selayaknya tempat sampah diwujudkan untuk menimbulkan kesedaran tentang kesihatan dan kebersihan, Muhammad Taufik, 36, memulakan projek PINKTRASH ketika Covid-19 melanda dunia.
PINKTRASH secara umum adalah aktiviti beriadah sambil mengutip sampah. Mengutip puntung rokok mungkin nampak enteng tapi tidak mudah dilakukan jika tiada mentaliti dan keinginan mendapatkan kesedaran bahaya merokok sekaligus mahu menjalani gaya hidup sihat.
PINKTRASH yang kini disertai lebih 20 sukarelawan aktif menjalankan aktiviti bukan hanya tertumpu di bandar tetapi juga luar bandar.
Ujarnya soal kesihatan terutama bahaya merokok bukan tentang tinggal di kawasan luar bandar atau bandar tapi lebih kepada kesedaran diri sendiri.
Tambahnya lagi kesedaran itu juga perlu diteruskan dengan cara hidup seperti membuang sampah di tempat yang disediakan.
Taufik mengaku sejak menjalankan aktiviti PINKTRASH beberapa tahun lalu, hasil kutip puntung rokok masih sama.
Beliau berharap orang ramai sedar tentang keburukan merokok. Kita sama-sama menjaga dan melestarikan kesejahteraan semua.
Beliau juga berharap lebih ramai individu turut sama mengikuti aktiviti PINKTRASH pada masa akan datang. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
