Lelaki kantoi rakam gambar wanita mengandung

Individu yang didakwa merakam gambar wanita mengandung di sebuah pasar raya di Seremban 2. (Kanan: Perkongsian pengalaman mangsa di media sosial. )
Individu yang didakwa merakam gambar wanita mengandung di sebuah pasar raya di Seremban 2. (Kanan: Perkongsian pengalaman mangsa di media sosial. )
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki kantoi melakukan aktiviti tidak bermoral merakam gambar wanita mengandung dalam kejadian sebuah pasar raya di Seremban 2 di sini pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Facebook, mangsa mendakwa pelaku merakam video ke arahnya sedari pintu luar pasar raya berkenaan dan mengekorinya sampai ke bahagian dalam sehingga situasi itu disedari anak-anaknya.

"Apabila ke bahagian lain, saya perasan budak ni ikut sambil merakam dalam keadaan telefon tegak. Ke bahagian lain pun sama. Ketara sangat sampai anak-anak pun perasan.

"Saya beritahu kepada suami kemudian suami ikut pelaku dari belakang tapi saya rasa tak puas hati dan terus berjumpa dia sambil rakam sebagai bukti," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Katanya, selepas memeriksa kandungan telefon pelaku suaminya menemukan beberapa rakaman dirinya dari bahagian belakang mangsa 'zoom'.

Pelaku dibawa ke bahagian pengurusan pasar raya untuk tindakan selanjutnya.
Pelaku dibawa ke bahagian pengurusan pasar raya untuk tindakan selanjutnya.

"Ada juga beberapa video perempuan mengandung lain termasuk wanita berpurdah. Si perlaku telah diserah kepada polis dan laporan polis turut dibuat.

"Selepas disoal siasat, pelaku merupakan pelajar universiti berusia 20 tahun yang mengambil video untuk memuaskan nafsu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pengadu turut meluahkan perasaan kurang senang dengan aktiviti tidak bermoral itu yang dikhuatiri boleh membawa kepada perlakuan gangguan seksual seperti meraba.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun katanya, pengadu memutuskan tidak meneruskan laporan tersebut dan mengambil pendekatan menasihati pelaku untuk tidak melakukan perbuatan itu lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!