'Cadangan penghadang jalan lebih tinggi di LPT1 sedia dikaji'

Razali ketika menjawab soalan tambahan Tat Chee yang mencadangkan penghadang ditinggikan untuk memastikan keselamatan kepada pengguna jalan raya sekiranya terbabit dalam kemalangan.
Razali ketika menjawab soalan tambahan Tat Chee yang mencadangkan penghadang ditinggikan untuk memastikan keselamatan kepada pengguna jalan raya sekiranya terbabit dalam kemalangan.
A
A
A

KUANTAN – Cadangan pembinaan penghadang jalan yang lebih tinggi dan kukuh di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) bagi meningkatkan keselamatan pengguna akan diberi perhatian oleh kerajaan Pahang.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Ir Razali Kassim berkata, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk dikaji pembinaannya.

"Kita dah ambil perhatian dan meminta pihak LLM untuk pertimbangkan.

"Kalau perlu, kita akan meminta pihak LLM membina pembahagi lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Wong Tat Chee (ADUN lantikan) yang mencadangkan penghadang ditinggikan untuk memastikan keselamatan kepada pengguna jalan raya sekiranya terbabit dalam kemalangan.

Tat Chee mencadangkan pembinaan penghadang itu susulan kes kemalangan maut yang menyebabkan tiga individu terkorban di Kilometer 50.7 LPT1 arah Kuantan berhampiran Kampung Lentang, Bentong, 30 Mac lalu.

Menjawab soalan Datuk Abd Aziz Mat Kiram (BN-Batu Talam) mengenai jumlah kemalangan dan kematian di LPT1, Razali menjelaskan, sebanyak 35,551 kes kemalangan dengan 730 kematian direkodkan sejak LPT1 dibuka pada 2004 hingga Disember lalu.

Tambahnya, tindakan penambahbaikan diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan dan lokasi berkenaan adalah di Kilometer 238.7 (arah barat) dan Kilometer 87 (arah barat).

"Langkah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan aspek keselamatan di LPT1 ialah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!