Daya tarikan pelaburan asing di Kelantan rendah - Sultan Muhammad V

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan memeriksa perbarisan ketika mencemar duli berangkat hadir pada Istiadat Pembukaan penggal ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15, di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini. Foto Bernama
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan memeriksa perbarisan ketika mencemar duli berangkat hadir pada Istiadat Pembukaan penggal ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15, di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melihat negeri ini masih mempunyai daya tarikan pelaburan asing rendah berbanding negeri-negeri Pantai Barat yang mempunyai jaringan pelabuhan serta kemudahan perdagangan lebih komprehensif.

Baginda menyeru pembangunan infrastruktur yang berkaitan dipercepatkan selain menyediakan insentif pengecualian cukai secara kompetitif bagi menarik lebih banyak pelaburan ke Kelantan.

"Sebagai contoh pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan memberi fungsi baharu kepada dua kawasan iaitu 'Cargo-Oriented Development' di Jajahan Pasir Puteh dan 'Transit-Oriented Development' di Tunjong, Kota Bharu," baginda bertitah semasa menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Isnin.

Turut mencemar duli, Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Titah baginda, selain memperkukuhkan sistem pengangkutan, projek ini juga secara tidak langsung akan memberikan kesan gandaan ekonomi kepada rakyat.

"Maka sewajarnya rakyat melihat ini sebagai satu peluang untuk turut serta meneroka seterusnya menikmati kesan limpahan projek itu," titah baginda.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!