Lelaki ditahan tumbuk muka pemandu di lebuh raya

Video tular memaparkan insiden kereta mangsa dihimpit sebuah kereta MPV di Lebuhraya SKVE, pada Jumaat.
Video tular memaparkan insiden kereta mangsa dihimpit sebuah kereta MPV di Lebuhraya SKVE, pada Jumaat.
A
A
A

SEPANG – Seorang lelaki ditahan selepas menumbuk seorang pemandu kereta di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini, pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11 pagi.

"Seorang lelaki berusia 22 tahun mendakwa dihimpit sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza ketika melalui lebuh raya tersebut dari arah Kajang ke Bangi, pada jam 10.25 pagi.

"Pengadu yang memandu Toyota Estima telah memberhentikan kenderaannya sebelum didatangi suspek yang bertindak agresif dengan menumbuk cermin belakang kereta dan muka mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kejadian itu turut dirakam kamera papan pemuka kereta mangsa.
Kejadian itu turut dirakam kamera papan pemuka kereta mangsa.

Shan Gopal berkata, akibat kejadian itu, pengadu mengalami kesakitan di bahagian muka dan telah mendapatkan rawatan di hospital.

"Video tular berdurasi satu minit 15 saat itu turut dirakam kamera papan pemuka kereta mangsa," katanya.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an telah ditahan pada jam 12.30 tengah malam Sabtu.

Artikel Berkaitan:

"Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan kesalahan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 akta sama," katanya.

Shan Gopal berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian ini,

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Fizal Sulaiman di talian 013-3029027 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!