[VIDEO] Kes culik remaja: Suspek kelapan ditahan

A
A
A

SEREMBAN - Seorang lagi individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes culik seorang remaja perempuan di daerah ini pada 10 April lalu ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di Klang, Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang pada Khamis.

"Suspek telah direman dua hari bermula hari ini selepas permohonan reman dibuat di hadapan, Majistret Syed Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret Seremban.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961," katanya.

Terdahulu, suspek dibawa menaiki pacuan empat roda polis di Mahkamah Majistret di sini bagi permohonan reman kira-kira jam 9 pagi.

Suspek berusia 20-an hadir je mahkamah diiring polis bagi permohonan reman
Suspek berusia 20-an hadir je mahkamah diiring polis bagi permohonan reman

Isnin lalu, seramai enam individu berusia 20 hingga 31 tahun termasuk tiga wanita direman bermula 14 April hingga 27 April.

Kemudiannya pada Khamis, seorang lagi wanita iaitu berusia 50-an direman 14 hari.

Artikel Berkaitan:

Ini menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan adalah seramai lapan orang.

Sebelum ini media melaporkan seorang daripada suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, suspek lelaki berusia 21 tahun itu cuba meloloskan diri ketika ditahan dan memandu secara melawan arus serta melanggar kenderaan polis.

Menurutnya, kejadian culik pada jam 5.45 petang 10 April itu membabitkan mangsa seorang perempuan berusia 16 tahun dengan permintaan wang tebusan berjumlah RM2 juta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!