Tian Chua akui tidak tahu agenda pertemuan di Hotel Sheraton

Tian Chua live
Tian Chua live
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mengakui beliau tidak terlibat serta tidak mengetahui agenda di sebalik pertemuan yang diadakan di Hotel Sheraton Petaling Jaya minggu lalu.

Menurutnya, kehadiran beliau di hotel berkenaan adalah semata-mata untuk bertemu rakan-rakan yang berada di sana.

Justeru katanya, dakwaan mengatakan beliau terlibat dengan 'langkah Sheraton' seperti yang didakwa pihak media itu tidak tepat.

"Saya berada di sana tidak sampai satu jam untuk bertemu dengan rakan-rakan dan pada ketika itu tidak ada sesiapa pun yang tahu akan ada perubahan kuasa.

"Jadi, saya sendiri tidak terlibat dengan isu Sheraton sebab saya bukan ahli Parlimen kerana perjumpaan pada hari berkenaan adalah melibatkan ahli Parlimen," katanya ketika hadir sebagai tetamu Sinar Live 'Cerita Lelaki Bernama Tian Chua' di Dewan karangkraf di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya moderator, Azlan Shah Nabees Khan tujuan pertemuan di Hotel Sheraton itu diadakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya tetap mendukung idealisme PKR: Tian Chua

Dalam pada itu, ditanya faktor yang mendorong 'kem' bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan itu, Tian Chua berkata, ia susulan ketegangan yang berlaku pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya dua hari sebelum itu.

Artikel Berkaitan:

"Dalam mesyuarat itu ketegangan yang agak besar apabila ada pihak yang mahu had masa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dimuktamadkan.

"Akhirnya keputusan konsesus dicapai di mana kita membiarkan kepada Tun M untuk tentukan bila beliau mahu letak jawatan," katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas itu wujud pula tekanan pula tekanan supaya perlu lakukan rombakan yang besar untuk selamatkan keadaan.