Saya tetap mendukung idealisme PKR: Tian Chua

Tian Chua
Tian Chua
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mengakui beliau kekal mendukung idealisme partinya itu.

Jelasnya, sebagai ahli dan juga sebahagian daripada pengasas parti itu, beliau yakin semangat yang ada ketika ini masih lagi relevan dalam landskap politik negara.

"Saya tetap yakin bahawa agenda dan semangat perjuangan (PKR) yang telah dimulakan sejak awal masih lagi relevan.

"Jadi, saya tetap mendukung idealisme PKR," katanya ketika hadir sebagai tetamu Sinar Live di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai statusnya dalam PKR susulan pergolakan dalam parti itu.

Artikel Berkaitan: