Bunuh isteri kerana disindir malas bekerja

Mangsa ditemui meninggal dunia di rumahnya pada Sabtu lalu. Agensi
Mangsa ditemui meninggal dunia di rumahnya pada Sabtu lalu. Agensi
A
A
A

SULAWESI – [DIKEMAS KINI] Seorang wanita berusia 42 tahun, dikenali sebagai SQ, ditemui meninggal dunia di rumahnya pada Sabtu lalu, dipercayai dibunuh oleh suaminya dengan menggunakan alat bantuan senaman (dumbel).

Ketua Polis Kecamatan Tanralili, Inspektor Satu Zulfadly, mengesahkan bahawa suspek, ZA, 37, telah ditahan selepas laporan diterima daripada orang ramai.

"Suspek ZA, suami kepada mangsa, telah kami tahan tidak lama selepas kejadian di lokasi pembunuhan," kata Zulfadly kepada wartawan baru-baru ini.

Hasil siasatan mendapati bahawa motif pembunuhan ini adalah disebabkan rasa sakit hati ZA terhadap ucapan isterinya yang menganggapnya malas bekerja.

"Suspek tersinggung dengan sikap dan ucapan mangsa yang dikatakan merendahkan dirinya," jelas Zulfadly.

Sementara itu, menurut Ketua Hubungan Masyarakat Polres Maros, Inspektor Dua A. Marwan P. Afriady, pergaduhan berlaku antara pasangan suami isteri itu pada malam sebelum kejadian.

"Pada pagi 12 April 2025, sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan), ZA menganiaya isterinya ketika mangsa masih tidur. Suspek memukul di bahagian muka dan kepala mangsa sebanyak empat hingga lima kali menggunakan dumbel," ujarnya.

ZA kini berdepan dengan hukuman mengikut Seksyen 44(3) Akta 23 Tahun 2004 mengenai Keganasan Rumah Tangga (KDRT) atau Seksyen 338 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!