Warga emas ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci

Seorang lelaki berusia 75 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya di Merlimau.
Seorang lelaki berusia 75 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya di Merlimau.
A
A
A

JASIN - Seorang warga emas lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya yang berkunci di Jalan Anak Air 2 Timur Satu, Serkam, Merlimau di sini pada Sabtu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan I Abdillah Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.54 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, pemanggil memaklumkan terdapat warga emas mengalami sesak nafas di dalam rumahnya yang berkunci dari dalam.

Anggota bomba membuka pintu rumah mangsa menggunakan alat khas.
Anggota bomba membuka pintu rumah mangsa menggunakan alat khas.

“Kerja-kerja membuka pintu dijalankan segera dan sebaik pintu berjaya dibuka, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat yang dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

“Anggota bomba bersama pasukan ambulans dari Klinik Kesihatan Merlimau dikejarkan ke lokasi selepas menerima aduan. Bagaimanapun, usaha Penolong Pegawai Perubatan untuk memberikan bantuan pernafasan gagal.

Artikel Berkaitan:

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan difahamkan mempunyai sejarah penyakit jantung, namun tidak mendapatkan rawatan susulan sejak sekian lama,” katanya.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan keluarga telah bersetuju untuk tidak menjalankan proses bedah siasat.

“Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga mangsa bagi tujuan dokumentasi lanjut,” katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!