341,708 pengguna di Pulau Pinang alami gangguan air pada 25 April

Susulan pelaksanaan kerja-kerja ini, seramai 341,708 pengguna akan terkesan oleh gangguan bekalan air yang akan berlaku antara 24 jam hingga 60 jam pada 25 April depan.
Susulan pelaksanaan kerja-kerja ini, seramai 341,708 pengguna akan terkesan oleh gangguan bekalan air yang akan berlaku antara 24 jam hingga 60 jam pada 25 April depan.
A
A
A

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memberikan lampu hijau untuk pelaksanaan serentak 23 projek berkaitan sistem bekalan air di seluruh Seberang Perai dan bahagian pulau pada 25 April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir Pathmanathan K berkata, projek ini adalah sebahagian gangguan bekalan air berjadual (SWSI) yang dirancang bagi tujuan naik taraf dan penyelenggaraan infrastruktur air utama negeri.

Menurutnya, antara projek utama yang akan dilaksanakan termasuk pembaikan saluran paip 700mm bocor dan enam kerja naik taraf rumah pam di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Seberang Perai Utara (SPU) dan penggantian injap bersaiz 1.2 meter yang rosak di Jalan Pengkalan Tambang, berdekatan LRA Sungai Dua.

"Kerja-kerja penyambungan akhir untuk Saluran Paip Menyeberangi Sungai Perai (1.35m) di Seberang Perai Tengah (SPT) dan pelencongan paip 0.9 meter di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Batu Uban, Daerah Barat Daya (DBD) juga akan dilakukan.

"Selain itu,tiga projek menaik taraf operasi pengepaman semula di Kompleks Kolam Air dan Stesen Pam Bukit Dumbar di Daerah Timur Laut (DTL)," katanya menerusi kenyataan di sini pada Khamis.

PBAPP memberikan lampu hijau untuk pelaksanaan serentak 23 projek berkaitan sistem bekalan air di seluruh Seberang Perai dan bahagian pulau pada 25 April depan.
PBAPP memberikan lampu hijau untuk pelaksanaan serentak 23 projek berkaitan sistem bekalan air di seluruh Seberang Perai dan bahagian pulau pada 25 April depan.

Parthmanathan berkata, tinjauan ke atas tapak projek telah dibuat oleh pasukan kejuruteraan PBAPP pada 14 dan 15 April lalu dan mendapati semua lokasi telah bersedia dari segi keselamatan dan logistik untuk kerja serentak yang efisien.

Selain itu, katanya, PBAPP juga bersiap sedia untuk memulakan 10 lagi projek kerja air sampingan di Bukit Minyak, Seberang Perai Selatan (SPS) dan beberapa lokasi lain termasuk Bukit Gedung, Jalan Dato’ Ismail Hashim, Tun Dr Awang, serta Stesen Pam Teluk Kumbar di DBD.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pada 20 September tahun lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah membuka secara rasmi Pakej 12A 114 juta liter sehari (JLH) LRA Sungai Dua.

Jelasnya, pengoperasian modul rawatan air baharu ini telah meningkatkan kapasiti reka bentuk maksimum rawatan air LRA kepada 1,342 JLH.

"Pelaksanaan 23 projek kerja air berkaitan SWSI akan membolehkan PBAPP mengepam dan mengagihkan lebih banyak air terawat pada tekanan lebih tinggi daripada LRA Sungai Dua kepada kira-kira 465,000 pengguna air di Seberang Perai dan bahagian pulau," katanya lagi.

Susulan pelaksanaan kerja-kerja ini, seramai 341,708 pengguna akan terkesan oleh gangguan bekalan air yang akan berlaku antara 24 jam hingga 60 jam pada 25 April depan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut serta peta tapak projek disarankan melayari laman Facebook rasmi PBAPP atau laman web www.pba.com.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!