Syed Saddiq tiba di mahkamah bagi keputusan prosiding rayuan

Syed Saddiq tiba di mahkamah bagi mendengar keputusan prosiding rayuan berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada Khamis.
Syed Saddiq tiba di mahkamah bagi mendengar keputusan prosiding rayuan berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi mendengar keputusan prosiding rayuan berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada Khamis.

Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu tiba kira-kira jam 8.20 pagi dilihat bersemangat sambil ditemani ahli keluarga termasuk ibu dan abangnya, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Selain itu, para petugas media turut berada di pekarangan Mahkamah Rayuan sejak jam 7.45 pagi bagi mengikuti perkembangan keputusan kes berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 20 Mac lalu menangguhkan prosiding ke 17 April ini bagi menyambung hujahan pendakwaan dalam rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagi mengetepikan sabitan empat tuduhan berkaitan dana Armada yang dihadapinya.

Ahli keluarga Syed Saddiq termasuk abangnya, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman telah tiba di mahkamah bagi mendengar keputusan prosiding tersebut pada Khamis.
Ahli keluarga Syed Saddiq termasuk abangnya, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman telah tiba di mahkamah bagi mendengar keputusan prosiding tersebut pada Khamis.

Syed Saddiq, 32, merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana berkenaan.

Prosiding rayuan ini merupakan peringkat kedua pengadilan, yang mana sekiranya dia didapati kekal bersalah, Syed Saddiq masih boleh membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun jika panel hakim membenarkan rayuan anak kelahiran Johor Bahru itu dengan mengetepikan Mahkamah Tinggi, maka dia akan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Petugas media turut berada di pekarangan Mahkamah Rayuan sejak jam 7.45 pagi bagi mengikuti perkembangan keputusan kes berkenaan.
Petugas media turut berada di pekarangan Mahkamah Rayuan sejak jam 7.45 pagi bagi mengikuti perkembangan keputusan kes berkenaan.

Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan pada 20 Mac lalu menangguhkan ke 17 April ini bagi menyambung hujahan pendakwaan dalam rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagi mengetepikan sabitan empat tuduhan berkaitan dana Armada yang dihadapinya.

Syed Saddiq, 32, merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana berkenaan.

Prosiding rayuan ini merupakan peringkat kedua pengadilan, yang mana sekiranya dia didapati kekal bersalah, Syed Saddiq masih boleh membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun jika panel hakim membenarkan rayuan anak kelahiran Johor Bahru itu dengan mengetepikan Mahkamah Tinggi, maka dia akan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!