PRK Ayer Kuning: Kebijaksanaan mainkan sentimen rakyat faktor raih undi

Azhar ketika dalam Wacana Sinar edisi-476 bertajuk Ustaz, Ayer Kuning Tunggu Mu Datang yang bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Selasa.
Azhar ketika dalam Wacana Sinar edisi-476 bertajuk Ustaz, Ayer Kuning Tunggu Mu Datang yang bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kebijaksanaan memainkan sentimen rakyat merupakan antara faktor penting dalam meraih undi rakyat sekali gus menjamin kemenangan parti sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, ia juga mengambil kira fakta keputusan undi Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini yang mana kemenangan DUN Ayer Kuning kekal berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Kalau lihat pada PRU14 dan PRU15, walaupun ada (gelombang) ‘ombak ribut’ tetapi DUN Ayer Kuning tetap memilih BN.

“Semua calon yang masuk bertanding sudah tentu ada harapan menang tetapi kebijaksanaan kita memainkan sentimen perasaan rakyat itu akan menentukan undi mereka.

“Ramai datang berjumpa (dengan calon) belum tentu melambangkan kemenangan. Yang penting undi masuk dalam tong dan jumlah undi tersebut akan menentukan siapa yang menang pada 24 April nanti,” katanya.

Azhar (kanan) bersama barisan panelis dan hos.
Azhar (kanan) bersama barisan panelis dan hos.

Beliau berkata demikian ketika Wacana Sinar edisi-476 bertajuk Ustaz, Ayer Kuning Tunggu Mu Datang yang bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Antara panelis lain terlibat ialah Pensyarah Program Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Perak, Ismad Shahril Che Mat.

AZHAR
AZHAR

Artikel Berkaitan:

Ujar Azhar, strategi dalam PRK kali ini berbeza memandangkan BN kini menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, menurutnya, rakyat di DUN Ayer Kuning diyakini tidak akan mengubah pendirian mereka dan dijangka kekal bersama dengan UMNO dalam pilihan raya kali ini.

“Legasi kepimpinan sejak zaman bekas ADUN Ayer Kuning, Allahyarham Datuk Azman Mahalan, Datuk Samsudin Abu Hassan dan seterusnya, mereka menjalankan tugas dengan baik sesuai dengan kehendak rakyat.

“Sebab itu, rakyat percaya dan memberi undi kepada mereka walaupun ketika itu UMNO menerima tentangan hebat daripada pihak pembangkang ketika itu,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!