Shahidan pelawa ahli PH sertai Perikatan Nasional

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim
A
A
A

PADANG BESAR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mempelawa kepimpinan dari Pakatan Harapan (PH) untuk menyertai Perikatan Nasional.

Shahidan berkata, beliau yakin akan ada ahli PH yang menyokong kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya berharap kawan-kawan di sebelah sana (merujuk kepada PH) akan menyokong Perikatan Nasional kerana kerajaan baru sekarang ini sedang berusaha memperbaiki kerosakan yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah muafakat nasional di Kampung Padang Pauh.

Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu, api perkauman semakin meningkat, kenaikan harga barang dan ekonomi yang merudum antara situasi dalam negara ketika ini.

"Dengan keadaan begitu sekarang ini, kita sangat berharap mereka dapat bersama-sama Perikatan Nasional untuk memulihkan negara," katanya.

Dalam pada itu, Shahidan menafikan dakwaan mengatakan PH mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

"Tidak benar (sokongan majoriti), jika mereka ada sokongan majoriti mustahil Perdana Menteri yang baharu dilantik.

Artikel Berkaitan:

"Sudah semestinya Yang di-Pertuan Agong mempunyai pertimbangan yang wajar mengenai dakwaan itu, jumlah sokongan kepada mereka tak mungkin 114 dan saya tak mahu kata apa-apa sebab ini lebih kepada strategi politik," kata beliau.

Sementara itu, mengulas berhubung status pelantikan barisan Kabinet melibatkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Shahidan berkata, biarlah perkara tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Muhyiddin.

"Kami (Ahli Parlimen BN) menyokong Muhyiddin dan tak mahu minta apa-apa. Kini fokus hanya untuk membina semula negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Perikatan Nasional dijangka rampas tiga lagi negeri

Ucapan sulung Muhyiddin tarik perhatian rakyat

Kerajaan Pakatan Harapan Melaka tumbang