X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan Pakatan Harapan Melaka tumbang

Sidang media khas pembentukan gagasan Perikatan Nasional Melaka, di Hotel MITC Ayer Keroh, di sini, hari ini.
A
A

MELAKA TENGAH - [DIKEMASKINI] Barisan Nasional (BN) Melaka mengesahkan pembentukan kerajaan negeri baharu menerusi Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pembentukan gagasan itu termasuk 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan dua ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pengerusi UMNO negeri yang juga Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mempersembahkan akuan bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob kira-kira jam 2 petang tadi.

Ab Rauf berkata, bagaimanapun jawatan Ketua Menteri akan diumumkan dalam masa terdekat ini dan nama tersebut merupakan salah seorang dalam kalangan 15 ADUN itu.

"Nama bakal Ketua Menteri akan kita umumkan dalam tempoh terdekat.

"Untuk hari ini tiada seorang pun nama yang diberikan ketika mempersembahkan akuan bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob," katanya ketika sidang media khas pembentukan gagasan Perikatan Nasional di Melaka, di Hotel MITC Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Idris bersalaman dengan Norhizam selepas sidang media khas pembetukan gagasan Perikatan Nasional Melaka, di Hotel MITC Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Idris bersalaman dengan Norhizam selepas sidang media khas pembetukan gagasan Perikatan Nasional Melaka, di Hotel MITC Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hadir sama, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee selain wakil rakyat Bersatu iaitu ADUN Telok Mas, Datuk Nor Affandi Ahmad dan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sokong Perikatan Nasional, Norhizam mengaku jadi barua

Kami kembali, kata Idris

Ab Rauf yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, berkata, secara rasminya PN Melaka kini mempunyai 17 ADUN untuk membentuk sebuah kerajaan baharu yang kuat dan kukuh.

Sementara itu, Mohd Rafiq berkata, kerjasama bersama BN membentuk gabungan PN demi untuk masa depan yang lebih baik dan kesejahteraan di negeri ini.

Menurutnya, tindakan itu berikutan apa yang telah berlaku di kerajaan pusat dan berterima kasih kepada BN yang bersedia bekerjasama bagi membentuk gagasan Perikatan Nasional.

"Kita percaya dengan gabungan-gabungan daripada individu berpengalaman seperti Datuk Seri Ab Rauf dan Datuk Seri Idris Haron.

"Kita yakin dengan tambahan penyertaan Datuk Muhammad Jailani Khamis PKR dan Datuk Norhizam Hassan Baktee dari DAP dapat menguatkan lagi kerajaan baharu ini untuk masa depan Melaka yang lebih baik," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!