Tanah Perkuburan Islam di Pulau Pinang mencukupi

Dr Mohamad ketika melakukan gimik pecah tanah dan kerja-kerja menambun tanah di tanah perkuburan Islam berpusat di Sungai Dua, pada petang Selasa.
Dr Mohamad ketika melakukan gimik pecah tanah dan kerja-kerja menambun tanah di tanah perkuburan Islam berpusat di Sungai Dua, pada petang Selasa.
A
A
A

SUNGAI DUA - Tidak berlaku sebarang isu kekurangan tanah perkuburan Islam di Pulau Pinang seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid menegaskan isu tanah perkuburan telah ditangani secara terancang sejak awal lagi termasuk dengan mewujudkan tanah perkuburan berpusat dan tanah perkuburan bertingkat di beberapa tempat di negeri ini.

“Sejak tahun 2001, apabila tanah perkuburan di Masjid Jamiaul Badawi dilaporkan penuh, keputusan telah dibuat untuk memanfaatkan tanah wakaf lain yang tersedia.

"Namun, terdapat segelintir ahli kariah yang enggan menempatkan jenazah ahli keluarga mereka di lokasi selain daripada tanah perkuburan asal.

"Berikutan situasi itu, satu kertas cadangan telah dibawa ke Jawatankuasa Fatwa untuk membolehkan pembinaan kubur bertingkat di Masjid Jamiaul Badawi mengikut kaedah dan garis panduan yang ditetapkan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan majlis pecah tanah kerja-kerja menimbun tanah di tanah perkuburan berpusat Sungai Dua, di sini pada Selasa.

Dr Mohamad yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkata, pembinaan kubur bertingkat dilakukan mengikut kaedah yang dibenarkan dan berjaya menyelesaikan isu kesesakan.

“Di kampung-kampung yang jumlah penduduknya tak ramai tetapi tanah kubur luas, pun tiada isu.

"Ini semua diurus melalui saluran betul. Penduduk dan kariah pun faham bahawa pengurusan ini di bawah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Dr Mohamad turut menegaskan, tindakan pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan membabitkan isu tanah kubur adalah tidak wajar dan boleh menimbulkan salah faham seolah-olah wujud berlaku isu kerkurangan tanah kubur.

Tegasnya, perhimpunan seperti itu memberi gambaran seolah-olah wujud krisis tanah perkuburan di negeri ini, sedangkan tiada isu sebenar.

"Isu utama hanyalah berkenaan jarak contohnya, ada yang enggan membawa jenazah ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira enam hingga tujuh kilometer dari lokasi asal, walaupun masih dalam daerah yang sama,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!