'Saya rasa pilu, sedih tapi syukur dengan penghormatan diberikan' - Nori

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – "Saya rasa pilu dan sedih tetapi bersyukur kerana melihat kepada penghormatan yang diberikan dan ingatan daripada semua pihak".

Demikian luahan anak kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nori Abdullah, selepas selesai upacara pengebumian bapanya di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada jam 2.30 petang Selasa.

Nori, yang juga isteri kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau dan seluruh keluarga amat terharu dengan penghormatan negara yang diberikan kepada Allahyarham, termasuk istiadat pengebumian negara yang berjalan lancar dan penuh tertib.

No Image Caption

“Kami sekeluarga bersyukur dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dia telah pun pulang ke rahmatullah dan kami reda dengan ketentuan ALLAH.

"Proses pengebumian juga cepat dan Insya-ALLAH, dia akan terus diingati,” katanya kepada media pada Selasa.

No Image Caption

Allahyarham Tun Abdullah, yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 pagi Isnin di Institut Jantung Negara (IJN) dikebumikan di Makam Pahlawan dalam istiadat penuh penghormatan negara.

Artikel Berkaitan:

Upacara pengebumian turut dihadiri, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, para pemimpin negara, wakil-wakil asing serta Malaysia yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada negarawan tersebut.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!