PM tiba di Masjid Negara beri penghormatan terakhir

Anwar memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tun Abdullah di ruang solat utama di Masjid Negara pada Selasa. Foto Bernama
Anwar memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tun Abdullah di ruang solat utama di Masjid Negara pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang diiringi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hadir sekitar jam 1 tengah hari tadi.

Hadir sama memberikan penghormatan terakhir ialah barisan menteri Kabinet termasuk kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada Tun Jeanne ketika hadir bagi memberi penghormatan terakhir terhadap Allahyarham Tun Abdullah di ruang solat utama Masjid Negara pada Selasa. Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada Tun Jeanne ketika hadir bagi memberi penghormatan terakhir terhadap Allahyarham Tun Abdullah di ruang solat utama Masjid Negara pada Selasa. Foto Bernama

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Peladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefli Ahmad.

Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!