Tun Abdullah pemimpin berdedikasi, utamakan rakyat - Sultan Selangor

Sultan Selangor (kanan) yang ketika itu Pemangku Raja Selangor, menerima menghadap Tun Abdullah (kiri) semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri di Istana Mestika pada tahun 2001.
Sultan Selangor (kanan) yang ketika itu Pemangku Raja Selangor, menerima menghadap Tun Abdullah (kiri) semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri di Istana Mestika pada tahun 2001.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian Perdana Menteri Malaysia ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin dan ahli keluarga serta kerabat baginda turut menzahirkan perutusan takziah kepada seluruh waris dan keluarga Allahyarham, khususnya kepada Tun Jeanne Abdullah.

Kenyataan itu memaklumkan, Sultan Selangor yang mengenali Allahyarham Abdullah sejak lewat tahun 1960-an menyifatkan beliau sebagai seorang negarawan berdedikasi, tenang dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat sepanjang pentadbirannya.

"Sebagai menghargai jasa serta sumbangan Allahyarham, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengurniakan beliau Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) pada tahun 1992 dan Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) pada tahun 2000.

"Duli-Duli Tuanku turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT. dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," titah baginda dalam kenyataan pada Selasa.

Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia di usia 85 tahun pada Isnin jam 7.10 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga menantunya menerusi hantaran Instagram milik beliau pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!