Tukang urut kaki warga asing 'terpinga' dicekup

Kegiatan warga asing menjalankan kerja urut kaki di Chow Kit, Kuala Lumpur diserbu pada Isnin.
Kegiatan warga asing menjalankan kerja urut kaki di Chow Kit, Kuala Lumpur diserbu pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktiviti warga asing yang melakukan kerja mengurut kaki di deretan lot kedai di Chow Kit, di sini, digempur, pada Isnin.

Serbuan Op Kutip bermula jam 11.35 pagi itu dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketika operasi dilakukan, tukang urut warga asing terbabit sedang sibuk mengurut pelanggan sebelum terpinga-pinga dicekup, malah ada antara mereka cuba melarikan diri.

Difahamkan, bayaran bagi khidmat urut kaki itu ialah RM30.

Antara warga asing yang ditahan pada Op Kutip di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Isnin.
Antara warga asing yang ditahan pada Op Kutip di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Isnin.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 18 warga Indonesia termasuk tujuh wanita berusia lingkungan 33 hingga 55 tahun telah ditahan.

"Antara kesalahan dilakukan ialah tinggal lebih masa dan tiada memiliki pas sah.

"Kesemua tangkapan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk dokumentasi dan tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Dalam operasi berasingan, empat premis perniagaan diserbu JIM Kuala Lumpur menerusi Op Belanja bermula jam 9 malam.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, seramai 23 warga asing termasuk empat wanita telah ditahan membabitkan warga Bangladesh, Myanmar, Yaman, Syria, Indonesia.

Tegasnya, JIM Kuala Lumpur tidak akan berkompromi dengan warga asing yang melakukan kesalahan tidak mempunyai dokumen atau pas yang sah, tinggal lebih masa daripada tempoh pas atau permit yang dibenarkan serta telah melanggari syarat-syarat pas yang dikeluarkan.

"Pihak majikan juga diberi amaran keras supaya tidak menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau melindungi mana-mana PATI kerana tindakan undang-undang bakal dikenakan ke atas mereka," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!