Jenazah Tun Abdullah dibawa ke kediaman di ibu negara

Jenazah Allahyarham bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, dibawa keluar dari Institut Jantung Negara untuk di bawa ke rumah beliau di ibu negara malam ini. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dibawa ke kediamannya di Persiaran Tuanku Ja'afar di sini malam ini.

Jenazah Allahyarham bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, dibawa keluar dari Institut Jantung Negara untuk di bawa ke rumah beliau di ibu negara malam ini. Foto Bernama
Jenazah Allahyarham bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, dibawa keluar dari Institut Jantung Negara untuk di bawa ke rumah beliau di ibu negara malam ini. Foto Bernama

Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba pada jam 9.07 malam, diiringi sembilan kenderaan lain yang dinaiki ahli keluarga, dengan kawalan polis trafik.

Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba pada jam 9.07 malam, diiringi sembilan kenderaan lain yang dinaiki ahli keluarga, dengan kawalan polis trafik. Foto Sinar Harian

Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam dan perkara ini disahkan menantunya, Khairy Jamaluddin melalui hantaran di Instagram hari ini.

Para petugas media sudah mula memenuhi pekarangan kediaman rasmi Allahyarham Pak Lah di Carcossa Seri Negara, Kuala Lumpur sejak 9.15 malam tadi. Foto Sinar Harian

Artikel Berkaitan:

Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!