Pak Lah meninggal dunia: Suasana sayu selubungi IJN

Jenazah Allahyarham bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, dibawa keluar dari Institut Jantung Negara untuk di bawa ke rumah beliau di ibu negara malam ini. Foto Bernama
Jenazah Allahyarham bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, dibawa keluar dari Institut Jantung Negara untuk di bawa ke rumah beliau di ibu negara malam ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi pekarangan lobi orang kenamaan (VIP) di Institut Jantung Negara (IJN) susulan pemergian Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi pada jam 7.10 malam ini.

Turut berada di bangunan IJN ialah ahli keluarga Allahyarham selain kenalan dan sahabat serta pekerja kepada bekas perdana menteri itu.

Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam ini.
Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam ini.

Difahamkan Allahyarham dimasukkan ke IJN pada 3 pagi Ahad dan jenazah dijangka dibawa ke kediaman Bait Badawi yang terletak berhampiran Carcosa Seri Negara.

Jenazah dijangka dikebumikan di Makam Pahlawan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!