Bangunan SMK Lahat terbakar

IPOH - Deretan bilik darjah di tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat, Bandar Baru Lahat di sini, terbakar dalam kejadian pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal kejadian melibatkan blok D yang menempatkan bilik seni itu diterima pada jam 11.05 pagi.
"Sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih dan Batu Gajah diatur gerak ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan blok D dengan anggaran kebakaran 30 peratus setakat ini," katanya di sini.
Menurut beliau, operasi pemadaman sedang dijalankan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
