Pusingan kedua rundingan AS-Iran disambung pada Sabtu ini

Rundingan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan beberapa isu yang mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara berkenaan. - Foto Agensi
Rundingan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan beberapa isu yang mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara berkenaan. - Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN - Pusingan kedua rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) akan berlangsung di Eropah pada Sabtu ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Menteri untuk Hal Ehwal Politik, Majid Takht-Ravanchi pada Ahad ketika beliau menyerahkan laporan kepada Majlis (Parlimen) berhubung butiran sesi dialog pertama yang diadakan di ibu kota Oman pada akhir minggu lalu.

Takht-Ravanchi berkata, kedua-dua belah pihak cuba menentukan asas rundingan setelah Washington menyatakan kesediaan mereka untuk mempertimbangkan isu dibangkitkan Teheran.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei memberitahu kedua-dua belah pihak hanya berbincang tentang isu nuklear dan sekatan ketika pertemuan di Muscat.

Delegasi Iran yang diketuai Menteri Luar, Abbas Araghchi dan Wakil Khas AS, Steve Witkoff menyifatkan pusingan pertama rundingan itu menunjukkan perkembangan positif serta konstruktif.

Sebelum ini, Teheran menolak cadangan Washington untuk berunding secara langsung susulan provokasi dibuat pentadbiran Presiden Donald Trump menerusi kempen 'tekanan maksimum' dan ancaman tindakan ketenteraan ke atas Teheran. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!