Lawatan Xi Jinping perkukuh perdagangan, hubungan serantau – Fahmi

Fahmi ketika ditemui pemberita selepas perasmian Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China 2025 di Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Bernama
Fahmi ketika ditemui pemberita selepas perasmian Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China 2025 di Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia yang dijadualkan pada 15 hingga 17 April ini diyakini mampu memperkukuhkan hubungan dua hala serta memperluas kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, lawatan rasmi itu merupakan detik bersejarah bagi Malaysia, apatah lagi China kekal sebagai rakan dagang utama negara sejak beberapa tahun lalu.

Menurut beliau, selain fokus kepada perdagangan, lawatan tersebut turut membuka peluang mempererat hubungan rakyat dan perniagaan antara Malaysia dan China.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) ketika hadir merasmikan Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China 2025 di Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) ketika hadir merasmikan Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China 2025 di Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Bernama

“Kita percaya bukan sahaja hubungan dagangan akan bertambah baik, malah hubungan antara rakyat juga dapat diperkukuh.

“Lawatan ini adalah satu penghormatan besar buat Malaysia. Saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dan dibangunkan berdasarkan pencapaian sebelum ini serta potensi masa hadapan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China 2025 di sini, Jumaat.

Forum itu dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Agensi Berita Xinhua, serta turut disertai Ketua Pengarang Sinar Harian, Zambri Rambli.

Mengulas mengenai cabaran semasa global, susulan pengumuman tarif baharu oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Fahmi berkata, trend global masa kini menunjukkan wujudnya kebimbangan baharu terhadap masa depan globalisasi.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa globalisasi sedang dicabar dan sedang dinilai semula, terutama selepas pengumuman terkini dari Rumah Putih.

Artikel Berkaitan:

“Namun, hubungan perdagangan antara negara-negara yang telah lama terjalin masih berpotensi untuk diperkukuhkan. Kita yakin banyak peluang boleh diwujudkan menerusi kerjasama dan saling mempercayai,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!