Ab Rauf ketuai pertemuan dengan Mohd Khalil

Idris (kiri) dan Ab Rauf melambai tangan kepada pihak media sebelum masuk ke Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh tadi.
Idris (kiri) dan Ab Rauf melambai tangan kepada pihak media sebelum masuk ke Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini kembali menjadi tumpuan media apabila kenderaan yang membawa Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memasuki kompleks kerajaan itu tadi.

Difahamkan, Abd Rauf yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah mengetuai pertemuan disertai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT).

Ketua Pembangkang yang juga ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dilihat menaiki kenderaan bersama Ab Rauf selain dua wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Dipercayai, pertemuan yang masih berlangsung itu bagi membincangkan perubahan corak kepimpinan negeri selain mempersembahkan akuan bersumpah (SD) daripada 13 ADUN Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, satu solidariti menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Adly Zahari akan diadakan di luar pekarangan kompleks itu malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rugi besar jika Adly ditolak teraju Melaka, kata Idris Haron

Artikel Berkaitan: