Jangan curiga lagi sesama rakan PKR: MB Selangor

Amirudin bersalaman bersama jemaah yang hadir pada Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini semalam.
Amirudin bersalaman bersama jemaah yang hadir pada Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menasihati rakan-rakan seperjuangan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menghentikan sikap mencurigai sesama sendiri sebaliknya muafakat dalam memastikan kerajaan negeri berkenaan kekal di bawah pentadbiran yang sama.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor berkata, sikap curiga antara satu sama lain itu boleh membawa kepada keretakan dan ketempangan yang besar dalam parti.

"Kalau kita curiga mencurigai antara satu sama lain, ibarat satu bilik pun boleh bergaduh. Saya percaya dengan rakan-rakan dalam PKR sudah kena macam-macam tuduhan dan penghinaan tetapi kita faham, ini adalah sebahagian lumrah daripada perjuangan serta persaingan dalam politik.

"Kita berada di landasan yang benar dan saya telah mendapat keyakinan daripada para ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), bahawa kita akan kekal dalam wadah PKR ini," katanya ketika berucap di majlis makan malam selepas Doa Selamat dan Solat Hajat Kesejahteraan Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Seksyen 7, malam tadi.

Antara yang hadir pada makan malam selepas Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat Kesejahteraan Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Seksyen 7 semalam.
Antara yang hadir pada makan malam selepas Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat Kesejahteraan Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Seksyen 7 semalam.

Terdahulu, Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ketika ini difahamkan, komposisi tersebut terdiri daripada 19 kerusi dimiliki oleh PKR, DAP (16), Amanah (8), Bersatu (5), Barisan Nasional (5) dan PAS (1).

Sementara itu, lebih 500 orang hadir di majlis Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat di kediaman beliau, malam tadi yang turut dihadiri ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, ADUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi, ADUN Kajang, Hee Loy Sian dan ADUN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.

Artikel Berkaitan: