Kempen ‘Setulus Hati’ tawar hadiah mingguan RM35,000 sempena Aidilfitri

Pelanggan setia redONE Mobile berpeluang memenangi hadiah mingguan berjumlah RM35,000 sempena kempen 'Setulus Hati'.
Pelanggan setia redONE Mobile berpeluang memenangi hadiah mingguan berjumlah RM35,000 sempena kempen 'Setulus Hati'.
A
A
A

KEMPEN ‘Setulus Hati’ oleh Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terbesar di Asia Tenggara, redONE Mobile menawarkan hadiah mingguan menarik bernilai RM35,000.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, kempen tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah mingguan selain menambah keceriaan kepada pelanggan.

Menurutnya, kempen itu berlangsung sehingga 4 Mei 2025.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk perabot kayu jati bernilai RM10,000 dari Gudang Bos Ijan, barangan kemas Habib berjumlah RM10,000, baucar membeli-belah dari Lazada sebanyak RM10,000 dan barangan Elektronik dari redMALL bernilai RM10,000.

“redONE Mobile ingin menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri lebih istimewa dengan memberikan ganjaran eksklusif kepada pelanggan.

“Promosi ini adalah tanda penghargaan atas kepercayaan mereka kerana memilih redONE Mobile sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi mereka.

"Kami berharap tawaran ini dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Ameen, untuk layak menikmati tawaran tersebut, pelanggan baharu hanya perlu melanggan mana-mana pelan redONE Postpaid dengan komitmen bulanan minima RM48 dan akan secara automatik berpeluang memenangi hadiah eksklusif sepanjang tempoh kempen.

Tambah beliau, pelanggan boleh berkunjung ke kedai redONE Mobile di seluruh Malaysia untuk melanggan pelan redONE Postpaid pilihan mereka.

Artikel Berkaitan:

“Pelanggan sedia ada juga berpeluang menyertai hanya dengan menambah talian tambahan pelan redONE Postpaid minima RM48,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!