Kempen Memori RaYakult, tawar hadiah jongkong emas 5 gram

KEMPEN Beli & Menang Memori RaYakult tawar hadiah jongkong emas edisi khas 999.9 seberat lima gram bersempena Ramadan tahun ini.
Program tersebut akan bermula dari 22 Februari hingga 30 Mac 2025.
Pengarah Urusannya, Hiroki Yanase berkata, pelanggan perlu membeli sekurang-kurangnya 20 botol produk Yakult dalam satu resit boleh menebus satu set sampul Raya eksklusif daripada promoter Yakult, Wanita Yakult atau melalui laman web rasmi Yakult Malaysia.
Menurutnya, pelanggan yang menerima sampul Raya berpeluang menyertai cabutan bertuah mingguan untuk memenangi hadiah menarik.
“Sepanjang tempoh kempen berjalan, 85 pemenang bertuah akan dipilih secara rawak untuk menerima hadiah Touch ‘n Go e-dompet bernilai RM50, RM100, atau RM200 setiap minggu.
“Terdapat lima pemenang yang akan membawa pulang hadiah utama iaitu jongkong emas edisi khas 999.9 seberat lima gram,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Dalam pada itu, selain memeriahkan sambutan ramadan, Yakult Malaysia meneruskan misinya untuk membawa kebahagiaan kepada orang ramai melalui kebaikan Shirota strain dalam minuman probiotik Yakult.
“Yakult Malaysia ingin menyampaikan salam ramadan kepada semua umat Islam di Malaysia,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
