redONE Mobile rai rakan kongsi dengan hadiah RM2 juta

redONE meraikan rakan kongsi berprestasi tinggi dengan pelbagai hadiah lumayan.
redONE meraikan rakan kongsi berprestasi tinggi dengan pelbagai hadiah lumayan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terkemuka di Malaysia, redONE Mobile meraikan rakan kongsi berprestasi tinggi dengan hadiah dan insentif tunai lebih RM2 juta menerusi acara tahunan Star Nite 2025 di Genting International Convention Centre (GICC) pada 15 Februari lalu.

Acara tersebut mengiktiraf pencapaian luar biasa 30 penerima dalam 10 kategori Nationwide dan State untuk Top Premier Sales Advisor, Top Premier Neighbourhood Centre, Top Virtual Premier Shop, Top Premier Shop, Top Agency dan Best Region.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, majlis itu bukan sekadar meraikan pencapaian 2024, tetapi juga mengiktiraf semangat dan tekad rakan niaga redONE Mobile.

“Secara keseluruhan, hampir RM450,000 dalam insentif tunai dan hadiah cabutan bertuah telah disampaikan.

“Beberapa penerima turut menerima hadiah percutian ke luar negara yang bernilai lebih daripada RM400,000 dan jongkong emas berjumlah RM148,000 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa individu dan pasukan ini.

“Lebih RM300,000 disampaikan kepada para pemenang termasuk sebuah Proton Persona, sebuah Proton S70, dua Perodua Bezza dan lima motosikal Modenas Kriss manakala hadiah utama sebuah MG4 EV baharu bernilai RM103,999 untuk kategori Premier Car Bonanza,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Ameen, redONE Mobile juga turut mengadakan Partners Convention di GICC yang sama dihadiri oleh rakan niaga dari seluruh negara.

Selain itu, dalam acara tersebut turut diumumkan inisiatif penjenamaan pendapatan baharu seperti redONE Prepaid 5G ULTRAPlus, pelan prabayar baharu dengan ganjaran kesetiaan eksklusif dan redSOLAR iaitu kerjasama SureSolar dalam menawarkan penyelesaian tenaga cekap.

“Inisiatif baharu ini dijangka bukan sahaja akan meningkatkan tawaran kepada pelanggan tetapi juga mencipta peluang pendapatan yang berharga untuk rakan niaga redONE Mobile,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, majlis tersebut turut diumumkan mengenai kerjasama strategik antara Sedania As Salam Capital dan Masyref Advisory

Perkara itu merupakan pencapaian penting dalam memperluaskan perkhidmatan kewangan redONE Mobile iaitu redCASH.

Pada akhir 2023, redCASH mula menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan redONE Mobile dengan penyelesaian pembiayaan mikro digital sepenuhnya, dengan pinjaman sehingga RM10,000.

“Melalui kerjasama baharu ini, akan memperluaskan tawaran redCASH, memperkenalkan penyelesaian pembiayaan digital patuh syariah untuk menyediakan pilihan kewangan yang beretika dan mudah diakses untuk semua rakan kongsi dan pelanggan redONE Mobile,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!