MBSJ, KDEBWM sedia RORO bantu penduduk terjejas letupan paip gas

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian1-800-88-28240.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian1-800-88-28240.
A
A
A

SUBANG JAYA – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) mengambil langkah segera bagi membantu proses pembersihan kawasan terjejas susulan insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, sebanyak 11 unit tong besar 'roll on roll off' (RORO) disediakan dalam fasa 1 penempatan, khusus di kawasan Jalan Putra Harmoni 1/3 dan 1/4, Putra Heights.

"Penduduk yang terkesan boleh melupuskan sisa pukal seperti perabot rosak, kelengkapan rumah, barangan hiasan, pokok dan pasu bunga, sangkar haiwan peliharaan, basikal, alatan permainan dan peralatan sukan ke dalam tong-tong berkenaan.

"Langkah ini bertujuan memudahkan proses pembersihan dan pelupusan sisa besar dengan lebih teratur dan selamat susulan kerosakan yang dialami penduduk," maklum MBSJ dalam satu kenyataan pada Selasa.

Untuk maklumat lanjut serta aduan berkaitan sisa, orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi iClean Selangor yang tersedia di Google Play dan App Store.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian 1-800-88-28240, 019-274 2824, 019-375 9592 atau 019-375 3980.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!