PH hantar surat esok desak Speaker adakan Sidang Dewan khas

Johari
Johari
A
A
A

PETALING JAYA - Satu surat bagi mendesak Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengadakan sidang Dewan Rakyat khas akan dihantar esok.

Ketua Whip Pakatan Harapan (PH) Datuk Johari Abdul berkata, surat itu akan dihantar oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita telah buat keputusan dalam PH, keputusan kita adalah kita akan mendesak Speaker Dewan Rakyat panggil sidang Parlimen tergempar untuk semua ahli Parlimen masuk dan tunjuk siapa yang ada cukup undi, siapa yang tiada undi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sidang Dewan Rakyat: Speaker akan berhubung dengan PM

PH mohon sidang Dewan Rakyat 9 Mac diteruskan

Beliau berkata kepada pemberita selepas mesyuarat khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) melibatkan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PH. - Bernama

Artikel Berkaitan: