PH mohon sidang Dewan Rakyat 9 Mac diteruskan

Kenyataan media dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.
Kenyataan media dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan hari ini memohon sidang Dewan Rakyat bagi penggal ketiga Parlimen diteruskan sepertimana sudah ditetapkan sebelum ini iaitu 9 Mac depan.

Menurut PH, sebagai gabungan yang mendapat sokongan 112 ahli Parlimen, sidang itu adalah peluang terbaik bagi menentukan sokongan kepada Perdana Menteri.

"Ini adalah peluang terbaik untuk menentukan sokongan kepada Perdana Menteri dan seterusnya menamatkan kemelut politik negara yang tidak menentu sekarang," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai Ketua Setiausaha PH yang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin bukanlah PM sebenar, kata Dr Mahathir

Agong enggan jumpa saya lagi - Tun Mahathir

Pagi ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri kelapan bukanlah pilihan yang tepat kerana tidak mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Dr Mahathir turut mendakwa keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan sebagai sesuatu yang 'aneh' memandangkan bloknya mempunyai majoriti yang lebih besar dengan 114 sokongan.

Artikel Berkaitan:

Begitupun, menurutnya, Yang di-Pertuan Agong telah membuat keputusan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan beliau tidak diberi peluang untuk menjelaskan perkara itu kepada Seri Paduka Baginda.

"Saya tidak boleh berkomunikasi dengan istana dan saya tidak berpeluang untuk memberitahu Agong bahawa dia (Muhyiddin) tidak mempunyai majoriti.

“Jadi yang kalah akan tubuhkan kerajaan manakala yang menang jadi pembangkang dan ini satu situasi yang pelik,” katanya.