Kanada kenakan tarif ke atas beberapa kereta dari AS

Mark Carney mengumumkan bahawa Ottawa akan mengenakan duti import sebanyak 25 peratus ke atas semua kereta yang tidak dikeluarkan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara.
Mark Carney mengumumkan bahawa Ottawa akan mengenakan duti import sebanyak 25 peratus ke atas semua kereta yang tidak dikeluarkan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara.
A
A
A

NEW YORK - Kanada bertindak balas terhadap perang perdagangan yang dilancarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan mengenakan tarif timbal balik ke atas import kenderaan tertentu dari AS.

Perdana Menteri Kanada, Mark Carney mengumumkan bahawa Ottawa akan mengenakan duti import sebanyak 25 peratus ke atas semua kereta yang tidak dikeluarkan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (USMCA).

Beliau menegaskan bahawa Amerika Syarikat bukan lagi rakan kongsi mesra kepada Kanada, dan negara itu akan mempertahankan kepentingan serta kedaulatannya.

Sementara itu, berikutan pertikaian perdagangan yang sama, Mexico sedang mencari kaedah bagi mengurangkan kesan terhadap pengeluar kereta Jerman yang beroperasi di negara itu.

Menurut Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, syarikat seperti Volkswagen, BMW dan Mercedes-Benz bersedia menyesuaikan semula pengeluaran masing-masing bagi mematuhi peraturan asal yang ditetapkan dalam USMCA.

Mexico juga menyatakan hasrat untuk terus berunding dengan Washington bagi mendapatkan layanan keutamaan ke atas import kenderaan di bawah perjanjian tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!