Kebakaran saluran gas: Khidmat penjagaan haiwan percuma kepada mangsa

Persatuan Haiwan Malaysia tawar khidmat penjagaan percuma untuk haiwan milik mangsa letupan gas di Putra Heights.
Persatuan Haiwan Malaysia tawar khidmat penjagaan percuma untuk haiwan milik mangsa letupan gas di Putra Heights.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan perkhidmatan penjagaan haiwan peliharaan secara percuma selama tujuh hari kepada pemilik haiwan yang terjejas dalam kejadian letupan gas di Putra Height, di sini, pada Selasa.

Persatuan berkenaan memaklumkan kesediaan memberi perkhidmatan terbabit bermula pada Rabu sehingga 8 Mac depan.

"Haiwan kecil diterima adalah kucing, arnab, burung, hamster, landak dan musang peliharaan akan ditempatkan di tempat perlindungan Galeri Animal Malaysia.

"Haiwan milik mangsa letupan gas akan dijaga dan diurus selama tempoh berada di tempat perlindungan haiwan dengan makan minum serta keperluan sewajarnya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Tambahnya, tempat perlindungan haiwan milik Persatuan Haiwan Malaysia adalah shelter yang mempunyai beberapa lesen termasuklah lesen penginapan haiwan.

"Khidmat pengambilan dan penghantaran semula turut disediakan secara percuma dengan jadual pengambilan akan dikemas kini secara berkala oleh pengurusan shelter," ujar hantaran itu lagi.

Justeru, mana-mana pemilik haiwan terjejas dalam kejadian letupan gas yang memerlukan khidmat jagaan sementara tersebut boleh menghubungi pihak persatuan melalui aplikasi WhatsApp ke 011-71245931.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!