X

Kindly register in order to view this article
!

Hasni mula tugas MB Johor

Hasni melambai tangan kepada media sebaik tiba di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad kira-kira 8.30 pagi tadi untuk menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Johor ke-18.
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad tiba di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad kira-kira 8.30 pagi tadi untuk menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Johor ke-18 hari ini.

Ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani; Timbalannya, Datuk Dr Badrul Hisham Kassim dan Pegawai Kewangan Johor, Datuk Rahim Nin.

Kakitangan kerajaan negeri turut menyambut Hasni selain tidak melepaskan peluang bergambar dengan beliau.

Media turut berkumpul seawal jam 7.30 pagi di pekarangan lobi bagi merakam gambar hari pertama Hasni sebagai Menteri Besar Johor hari ini.

Hasni bersalaman dengan kakitangan kerajaan negeri yang menyambut beliau pada hari pertama sebagai Menteri Besar Johor hari ini.
Hasni bersalaman dengan kakitangan kerajaan negeri yang menyambut beliau pada hari pertama sebagai Menteri Besar Johor hari ini.

Pelantikan Hasni yang juga Pengerusi BN Johor sebagai Menteri Besar merupakan yang ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Datuk Dr Sahruddin yang dilantik Menteri Besar ke-17 pada 14 April 2019 memegang tampuk kepimpinan bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan selepas 11 bulan mentadbir kerajaan negeri.

Terdahulu, Istana Johor mengumumkan sebuah gabungan baharu akan mengambil alih kerajaan negeri selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menemubual 54 daripada 56 ADUN Johor pada 26 Februari lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Johor, Jaba Mohd Noah memaklumkan Sultan Ibrahim berpuas hati dengan gabungan baharu itu memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila 28 ADUN memilih gabungan baharu berbanding 26 Pakatan Harapan.

Hasni disambut kakitangan kerajaan negeri pada hari pertama beliau sebagai Menteri Besar Johor hari ini.
Hasni disambut kakitangan kerajaan negeri pada hari pertama beliau sebagai Menteri Besar Johor hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!