Patuhi piawaian keselamatan, selenggara tayar kenderaan berat

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan pada malam Khamis.
Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan pada malam Khamis.
A
A
A

KEMALANGAN tragis yang berlaku di Kluang akibat tayar treler pecah menimbulkan persoalan serius mengenai keselamatan jalan raya, khususnya melibatkan kenderaan berat.

Insiden ini menunjukkan betapa pentingnya penyelenggaraan kenderaan berat secara berkala bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Tayar kenderaan berat yang meletup semasa perjalanan bukan sahaja mengancam nyawa pemandu, tetapi pengguna jalan raya lain.

Dalam kes ini, kehilangan kawalan treler menyebabkan ia memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan beberapa kenderaan, mengakibatkan lima kematian termasuk tiga sekeluarga.

Kejadian pecah tayar sering dikaitkan dengan beberapa faktor, termasuk bebanan berlebihan, tekanan angin tayar yang tidak sesuai, serta kerosakan tayar akibat usia atau kualiti tayar yang rendah.

Oleh yang demikian, pemeriksaan tayar berkala perlu menjadi keutamaan bagi syarikat pengangkutan dan pemandu kenderaan berat.

Selain itu penguatkuasaan undang-undang lebih tegas mampu memberi peringatan kepada pemilik syarikat atau persendirian untuk memastikan kenderaan berat mematuhi piawaian keselamatan, sekali gus membantu mengurangkan kemalangan seperti ini.

Kenderaan berat yang selamat berada di jalan raya bukan sahaja tanggungjawab pemandu dan syarikat, tetapi memerlukan penguatkuasaan berkesan oleh pihak berkuasa.

Langkah-langkah pencegahan ini penting untuk mengelakkan tragedi berulang pada masa hadapan, lebih-lebih lagi menjelang perayaan.

Artikel Berkaitan:

Kita tidak mahu lagi membaca berita melibatkan kemalangan maut disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pihak terbabit terhadap keselamatan kenderaan berat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!