Nahas lima maut: Tayar treler pecah bergesel, langgar tiga kenderaan

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.
Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.
A
A
A

KLUANG - Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan kira-kira jam 11.30 malam itu mengakibatkan lima maut termasuk suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun.

Menurutnya, hasil siasatan awal kejadian berlaku ketika treler kontena jenis Volvo dipandu lelaki berusia 35 dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan dikatakan pecah menyebabkannya kenderaan itu hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta Toyota Camry yang turut dalam arah perjalanan sama.

“Akibat kejadian itu lori kontena itu telah terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stepwagon Spada.

“Pelanggaran itu turut menyebabkan berlaku kebakaran ke atas Honda Stepwagon Spada, bagaimanapun semua mangsa sempat dikeluarkan pengguna jalan yang kebetulan berada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, pasangan yang maut ialah pemandu Honda Stepwagon Spada, Nasaarudin Pardi, 36; isterinya, Siti Khazira Bani, 35, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital manakala anak perempuan, Mariam Nasarudin, 2, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tiga lagi anak mangsa yang berusia sembilan, tujuh dan empat tahun cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Artikel Berkaitan:

"Dua lagi yang maut adalah pemandu kereta Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dari Nilai, Negeri Sembilan dan penumpang hadapan kereta itu, Mohd Nur Afiji Asamad, 27, yang beralamat dari Kudat, Sabah akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya.

Katanya, pemandu treler kontena ditahan untuk siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!