Nahas lima maut: Suasana pilu di hospital, ahli keluarga berpelukan menangis

Pemandu Honda Stepwagon Spada, Nasaarudin Pardi, 36; isterinya, Siti Khazira Bani, 35, dan anak perempuan, Mariam Nasarudin antara yang maut.
Pemandu Honda Stepwagon Spada, Nasaarudin Pardi, 36; isterinya, Siti Khazira Bani, 35, dan anak perempuan, Mariam Nasarudin antara yang maut.
A
A
A

KLUANG - Suasana hiba menyelubungi pekarangan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini, apabila ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa nahas empat kenderaan di kilometer 58.1 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) mula mengunjungi hospital itu sejak awal pagi Jumaat.

Bukan hanya air mata yang mengalir tetapi ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan sehingga dipeluk dan dipapah.

Ahli keluarga tidak dapat menahan sebak ketika berada di Unit Perubatan Forensik, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.
Ahli keluarga tidak dapat menahan sebak ketika berada di Unit Perubatan Forensik, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, ahli keluarga mangsa kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stepwagon dan Proton X50 sudah berada di Unit Perubatan Forensik seawal 7 pagi.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang maut iaitu pemandu Honda Stepwagon Spada, Nasaarudin Pardi, 36; isterinya, Siti Khazira Bani, 35, dan anak perempuan, Mariam Nasarudin, 2 akan dikebumikan di Kampung Makam Kota Tinggi.

Pemandu Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dijangka dikebumikan Felda Taib Andak Kulai.

Keadaan di unit forensik Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.
Keadaan di unit forensik Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Sebelum ini, media melaporkan lima maut termasuk suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk treler di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS arah selatan pada malam Khamis

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh memaklumkan pemandu treler berusia 35 tahun dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur memaklumkan sebaik tiba di tempat kejadian, tayar hadapan kanan kenderaan dipandunya pecah menyebabkannya hilang kawalan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!