Bot laut dalam terbakar

Anggota bomba memadamkan api dalam kebakaran membabitkan sebuah bot laut dalam di Kampung Genting, Tumpat pada Jumaat.
Anggota bomba memadamkan api dalam kebakaran membabitkan sebuah bot laut dalam di Kampung Genting, Tumpat pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah bot laut dalam dilaporkan terbakar dalam kejadian di Kampung Genting, Tumpat pada Jumaat.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Muhammad Zariman Abd Rahman berkata, mereka menerima panggilan kira-kira jam 9 malam sebelum lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubur bergegas ke lokasi.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah vesel dengan 80 peratus terbakar.

"Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran dan api berjaya dikawal pada jam 10 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, kebakaran berkenaan tidak melibatkan mangsa dan api berjaya dipadam sepenuhnya dalam tempoh 20 minit.

"Punca kebakaran dan kerugian yang dialami masih disiasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!